Resepi rojak pencicah ni super senang dan amat mengancam resdung. Kalau orang klate kata mencolek (sebutannya ada dengung sikit, I never pronounce it right).
Sidang jumaat yang dihormati sekalian....
Berikut adalah bahan- bahannya. Lepas ni x perlu bagi bekas kosong lagi ye Ecah. Sila buat sendiri..hee
Kalau dah tak habis 'menyicah' boleh juga mixkan kuah tu dengan buah mempelam,jambu,nenas atau yang seumpamanya dalam 'pawe' dan masyk dalam fridge. Eat it chill..
Nota kaku bercagu: pawe adalah generic term untuk bekas makanan walaupun bukan berjenama tupperware. Aku beli kat kedai RM2 je.
Berikut adalah bahan- bahannya. Lepas ni x perlu bagi bekas kosong lagi ye Ecah. Sila buat sendiri..hee
Gula pasir 5-6 sudu besar
Garam 1 sudu kecil
3-4 biji cili padi (bergantung pada skala Scoville kepedasan cili)
1 inci belacan (jangan berani nak letak sebesar tapak tangan macam dalam gambar di atas..it could take u to Korea to transplant ur new nose)
1 sudu besar asam jawa
4 sudu kicap manis ( kalau kicap masin sila jangan letak garam dan tambah kuantiti gula @ jangan derhaka dengan resepi ini.)
Optional * cuka,gula merah, kacang tanah ( saya tak letak)
Cara-cara.
Masukkan cili ke dalam lesung batu. Tenyeh-tenyeh. Diikuti belacan,gula,garam,asam jawa. Rasanya x perlu tumbuk just tenyehkan je alu lesung tu ke atas semua bahan. Last skali masukkan kicap. Pastikan gula hancur ye..tak suka kalau hablur gula tu masuk dalam lubang gigi. Euuuw..
SIAP. Senang kan.? Ibarat kata jiran pun taktau kita guna lesung batu sebab tak perlu tumbuk. Kecualilah kita nak lepak depan rumah ajak jiran makan sekali.
Kalau dah tak habis 'menyicah' boleh juga mixkan kuah tu dengan buah mempelam,jambu,nenas atau yang seumpamanya dalam 'pawe' dan masyk dalam fridge. Eat it chill..
Nota kaku bercagu: pawe adalah generic term untuk bekas makanan walaupun bukan berjenama tupperware. Aku beli kat kedai RM2 je.


No comments:
Post a Comment