Tuesday, 24 June 2014

PUISI: MASIH AKU PEDULI

Image Source: Google

Jangan robohkan istana pasir dengan tanganmu


Biar lidah ombak menghempas berderai rapuh


Aku peduli..kerana bukan mudah kita membina angan


Jangan lunakkan aku dengan janji..lalu pergi


Wujudku  bukan di selembar kajang


Aku ingin menemani di setiap ruang


Berkongsi mimpi..biar jalan kita bersimpang


Dan masih aku peduli.. 

Pangkor
11.34 pm
27 November 2010

PUISI: BODY SCENT

Image Source: Google


Terima kasih sempat juga kuncikan jam loceng sebelum kau pergi


Lenaku mungkin jangkaui dinihari


Membohongi diri  kau masih disini


Bangun nanti..


Jendela tetap tertutup rapat


Bimbang baumu yang melekat


Di gebar  dan  cadar berterbangan tersebar


Ke tetangga


Ahh! Aku pasti cemburu 

19 December 2011

0300 a.m

Shah Alam

PUISI: LAUT..TOLONG SIMPAN RAHSIAKU

Image source: Google



Dan..seribu igau yang bertandang

Mengairkan bisa dari lepuh luka

Terjaga menyapu peluh kesah

Esok jangan terhenyak lagi dalam ngeri

Aku mahu tidur mudah..beralas mimpi indah

Lemparlah ke laut terbentang

Ombak..hanyutkan roh yang terpasung ke dalam dakapmu

Jasad mahu pulang..melalui jalan panjang

Merintih pada kerikil pasir yang jadi saksi

Hilangkan hanyir bersisa disepatu

Agar pintu insaf yang luas

Tiada bunyi nyanyi meratapi cinta matiku





Pulau Pangkor

18 May 2013

4.50 pm

Monday, 23 June 2014

RESEPI WAFFLE SEDAP




Waffle maker adalah antara top 10 wishlist item dapoq aku. Bagi yang ada anak-anak sukakan waffle rasanya worth buying this.  As I ♡ shopping online bcoz it is very convenient and extremely flexible. Tak perlu tunggu operation working hours darling..  tambahan pulak, kedudukan geografi tempat tinggal aku sekarang yang merumitkan aktiviti shopping di alam nyata.

Many great stuff I found online, dan waffle maker adalah 1 benda harus dibeli online kat shopping mall maya aku..tadaaaaa lazada  yang best.
Kenapa best? Sebab selalu buat sale, free shipping nationwide, convenient, fast delivery, bungkusan yang sangat meyakinkan dan ada Cash on Delivery juga. Try it on.

Sudah..entri tentang resepi waffle maker ni dah meraban ke lain. Ok, mula dulu aku try resepi untuk waffle rangup yang tips dia masukkan yis mauripan tu. Bagi Arif makan segigit je dia dah xmau dan kata " ni kayu ke apa? Bukan waffle dah cenggini, ni wafer". Sudah. Akupun 'mengembara' lagi cari resepi lain. Finally, it turn out quite nice. Mungkin another modification here and there for next try will taste much more sedap.
Waffle yang tak sekata warna.  Why?

Sedap dicouplekan dengan chocolate syrup DIY.


Bahan-bahan


2 cawan tepung gandum
5 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
3 sudu gula
1/2 cawan mentega cair
2 cawan susu segar
1/3 cawan air
2 biji telur (asingkan putih dan kuning)

Cara-cara

Masukkan bahan-bahan kering seperti tepung, garam, gula, baking powder ke dalam bekas. Masukkan juga 2 kuning telur sahaja dalam bekas ini.

Masukkan telur putih dalam blender dan sila kisar hingga berbuih. Masukkan dalam bekas lain.

Bahan yang kering tadi, masukkan ke dalam blend bersama mentega cair, air dan susu. Kisar untuk disebatikan.

Tuang kembalu dalam bekas. Ambil putih telur tadi ke dalam campuran dan kaupkan bersama.

Rehatkan adunan lima minit dan bersedia di bakar dalam wafflemaker. Make sure waffle maker dah dipanaskan sekejap.

Anggaran waffle masak adalah 5 minit jadi perlu periksa waffle tu ye.

Dah masak boleh eat it plain, + honey, ice cream, peanut butter, kaya, fruit jam atau chocolate syrup DIY.


Eat. Live. Love.

Saturday, 21 June 2014

Resepi kuah rojak@ pencicah buah

Resepi rojak pencicah ni super senang dan amat mengancam resdung.  Kalau orang klate kata mencolek (sebutannya ada dengung sikit, I never pronounce it right).


Sidang jumaat yang dihormati sekalian....
Berikut adalah bahan- bahannya. Lepas ni x perlu bagi bekas kosong lagi ye Ecah. Sila buat sendiri..hee



Gula pasir 5-6 sudu besar
Garam 1 sudu kecil 
3-4 biji cili padi (bergantung pada skala Scoville kepedasan cili) 
1 inci belacan (jangan berani nak letak sebesar tapak tangan macam dalam gambar di atas..it could take u to Korea to transplant ur new nose)
1 sudu besar asam jawa
4 sudu kicap manis ( kalau kicap masin sila jangan letak garam dan tambah kuantiti gula @ jangan derhaka dengan resepi ini.)
Optional *  cuka,gula merah, kacang tanah ( saya tak letak)

Cara-cara.

Masukkan cili ke dalam lesung batu. Tenyeh-tenyeh. Diikuti belacan,gula,garam,asam jawa. Rasanya x perlu tumbuk just tenyehkan je alu lesung tu ke atas semua bahan. Last skali masukkan kicap.  Pastikan gula hancur ye..tak suka kalau hablur gula tu masuk dalam lubang gigi. Euuuw..
SIAP. Senang kan.? Ibarat kata jiran pun taktau kita guna lesung batu sebab tak perlu tumbuk. Kecualilah kita nak lepak depan rumah ajak jiran makan sekali.


Kalau dah tak habis 'menyicah' boleh juga mixkan kuah tu dengan buah mempelam,jambu,nenas atau yang seumpamanya dalam 'pawe' dan masyk dalam fridge. Eat it chill..


Nota kaku bercagu: pawe adalah generic term untuk bekas makanan walaupun bukan berjenama tupperware. Aku beli kat kedai RM2 je.

Jangan pegang anak saya!!




Jangan suka-suka nak minta dukung atau pegang baby orang yang baru kita kenal. Tudddia..keras punya terjah untuk intro entri ni...heee..chillax. Memang kita akan selalu rasa sukakan generasi termuda dalam spesies kita.

Tambahan pula dengan baby yang sangat heartbreaking adorable kan...Macam nak tokak2 pipi time tu juga. Jangan..tak semua parents suka strangers pegang anak depa atas beberapa sebab spt keselamatan, hygiene, germaphobe dll.




I am okay with strangers yang tau distance kemesraan dengan every new baby they meet.  Selalunya perempuanlah kot..plus..kalau ada kawan lelaki plak.  Konon nak tunjuk another side of her iaitu sifat keibuan.  Aku dulu pun penah juga kot apply teknik ni...huuu..

 Biasanya bila ada orang datang tanya pasal dia and engage him. Comella kot anak aku ni.. Bolehla nak acah-acah atau sembang dengan dia tapi a BIG NO is try to feed him with something. Jangan..ada parents yang dah set rules bagi pemakanan bayi mereka kan..

Even aku ni xdala jenis germaphobe yang akan wet wipe kan tangan anak dengan antibacterial wet tissues everytime orang pegang dia. Tapi pastikanlah tangan tu tak kotor bila pegang dia. Baby kan suka masukkan jari dalam mulut.

Baby jenis peramah dan mudah mesra dengan strangers mungkin juga menunjukkan self confidence dah developed dalam diri si anak. Maksudnya dia mudah adapt dengan new environment dan orang asing.  But at the same time somehow, it is essential to teach my baby there is always a boundaries.  Dont simply let people to touch your body if you are not comfortable. Mama tak akan marah kalau Izz tak suka ada sesetengah orang tak pegang Izz dan sebaliknya okay..
Unhappy Izz sulking on the way home...


Ceritanya..dalam kejadian yang berkenaan entri ni aku teringat benda yang sama terjadi masa Izz kecik lagi.  Kat rnr masa on the way balik kampung kalau tak salah. Bila baru nak makan ada sorang teenage girl duk acah-acah Izz.

Mungkin tengok aku yang duk terkial-kial pulun nak makan juga sambil  pegang baby. Bak kata org utara tak dan dan..kot nak tunggu arif sudahkan makan dulu ke baru amik shift makan pulak. Perempuan tadi pun minta nak pegang Izz, terus aku bagi tanpa minta kebenaran sibapak.

Baru nak sambung melahap..lapar ooo..lama dalam keta dahle si montel kuat menyusu. Tiba-tiba je perempuan tadi bawa masuk Izz ke dalam dapur terus. Arif pandang aku..aku pandang Arif. Dia dah letak sudu garpu dengan muka yang sungguh unfavorable. "Hang pi ambik Izz sekarang!!"

Sungguh. Time tu jangan nak tawar menawar kata nak makan lagi sesudu dua dulu atau cuba-cuba nak tarbiah dia agar berprasangka baik pada orang lain.  Terus aku bangun cari mana Izz dan cakap dah nak balik.  Arif terus bangun bayar walau baru makan beberapa suap.  Masuk dalam keta memang panjaaaaaaaang beletiaq dia pasal jangan suka-suka bagi stranger pegang anak. Never trust strangers to hold your baby! Hmmmmmm..meluat kalau laki mula beletiaq.


Friday, 20 June 2014

DIY Chocolate Syrup

 

Memandangkan puas 'bertanya' uncle google review pengguna status halal sirap coklat brand hersheys dan hasil belekan pada botolnya sendiri berjawapan unreliable evidence=ragu2=hampa :-(. So jom buat sendiri..homemade/diy sirap coklat. Serius ianya mudah,ekonomi & yummy tooo..♡it..


CHOCOLATE SYRUP 

Bahan-bahan


3/4 cawan serbuk koko
1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan air (guna ayaq masak)
1 sudu teh esen vanilla (selongkaq kat dapoq ada orange flavour...pun boleh)


Cara-cara


Campur semua bahan dalam periuk. Whisk kan bg smooth. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau..

Bagi didih dlm api yang perlahan. Tutup api. Cool it down dulu sebelum masukkan dalam bekas. Simpan dalam peti atau boleh terus dimakan dengan jus avokado,pancake,waffle dll. Rasanya yang bittersweet memang menggetar jiwa. Aku buat dapat dlm 300ml.


tips: tapis serbuk koko untuk kurangkan ketoi-ketoinya.

Nota kaki bercagu: untuk entri pertama ni type atas katil tido 4.30 a.m.. 

Okay..baby & babahnya..nak join grup hug jugaaak.